Saturday, August 06, 2005

Musictechque@Trade Party

Akhirnya iz, turun semula ke musictechque selepas hampir 8 bulan menyepikan diri dari clubbing.. kedatangan tetamu dari Kedah yang ingin sekali merasai dunia clubbing membuat iz terpanggil dengan alunan musik.

Iz, zam, abg yan (dari Kedah), azri escort, kamal, adik amir, ary & shafiq the anak ikan.. sama-sama turun ke sana. Ketibaan disana disambut dengan kawan-kawan Yahoo Messengger yang sudah lama iz tidak temui.. Sally.. Afiq Blue, Apeet, Saiful, Lee Hazim & BF, Amir, Yus & ramai lagi.

Tapi hati iz tersentuh kerana menemui seseorang yang sudah agak lama & tidak dinafikan cukup dirindui. Apa nak buat mungkin apa yang diharapkan mungkin tidak kesampaian. Nak menangis pun iz tak mampu, cuma mampu bersapa.. Semoga dia bahagia dengan apa yang dia perolehi. Adatlah.. kehidupan PLU memang tidak menjanjikan apa-apa pun. I'm touched bila u call me sayang pada malam tu.. memang iz sayang pada awak, cuma iz pun tak tau apa yang buat kita semakin lama semakin menjauh.

Apa pun iz akan terus menjalani kehidupan seperti biasa, kesedihan tetap wujud diri ini, maklumlah iz adalah manusia atau insan yang punya perasaan.

Friday, August 05, 2005

Friendship Day!


Hi kawan-kawan... izryiel semakin rindu untuk kembali menemui kawan-kawan semua. Dah Hampir 8 bulan menyepi diri dari suasana masyarakat luar.

Masa banyak dihabiskan dirumah & dipejabat..

Disini izryiel ingin mengambil kesempatan memgucapkan 'Happy Friendship Day' buat kawan-kawan sekalian...

Wednesday, July 27, 2005

Happy Bithday Erik@Pak Su

Happy Birthday 2u Erik @ Pak Su!!!

You're such a special Friend...

I could never explain how grateful I am to have you for a friend.

Just knowing you're always there with a sympathetic ear, an encouraging word, and an understanding heart gives me a feeling of peace that I wouldn't know if it weren't for you..

Tuesday, July 05, 2005

August 27, 1996 - July 5, 2005



Kenangan lama kini mengamit memori, bungkusan yang ditandatangani dari jauh ini tidak disangka memanggil kenangan silam. Terpaku seketika melihat isi kandungan dgn cucuran air mata. Sedih bila mengenangan kenangan yang tidak pernah luput dalam ingatan.. gembira bila melihat sesuatu yang dihargai kini kembali kepada jari yang bertahun-tahun diikat dengan kilauan nyer..

Kali ini cincin ini hadir dengan maksud berbeza. Apa jua skali pun ia tanda kasih sayang yang tidak akan luntur. Love u 4ver..

Friday, July 01, 2005

Thursday, June 30, 2005

radja - langkah baru



Jika punya masa sudi-sudikan mencari album radja - langkah baru yang pasti akan membuai fikiran kawan-kawan sekalian. Dua lagu yang paling iz gemari 'Jujur' & 'Wahai Kau Cinta'.

Saturday, June 25, 2005

Ruff Jr. (One Month)


Genap dah sebulan Ruff Jr.. makin cute nengok dia.. Nanti izryiel akan paparkan adik-beradik Ruff Jr. yang lain.. ChiChi.. MAWI@Maui.. & Chico.. Tarikh kelahiran yang akan memberi kenangan buat iz.

Date of Birth : 25-05-2005

Wednesday, June 15, 2005

Salam Sayang

Disini, izryiel ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas persahabatan yg diberikan. Permergian mungkin sementara & mungkin juga kekal selamanya. Apa pun kenangan bersama semua akan sentiasa didalam benak ini. Gurisan hati sudah jadi kebiasaan dalam diri.

Dengan ini Izryiel menyusun sepuluh jari diatas segala kesalahan yg pernah dilakukan. Salam sayang buat semua. Doa izryiel sentiasa buat teman-teman sekalian.

Semoga kita ketemu lagi.