Monday, August 15, 2005

Sendiri.. Hilang.. Sepi

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kemurungan dalam hati muncul kembali. Kejutan demi kejutan aku hadapi dihari-hari ini. Menanti orang yang dikasihi setiap masa. Merindui dirinya yang kini menjauh entah hilang kemana. Gurauan, gelak tawanya kini semakin jauh meminggir.

Selama 6 bulan aku menempuh pelbagai dugaan sendirian tanpanya. Tapi tika itu walaupun kami berjauhan tapi DIA dekat dihati. Hari-hari 6 bulan itu mungkin akan jadi satu kenangan sampai bila-bila.

Sayang, aku akan sabar menanti kehadiran sayang dalam diri ini kembali. Turut bersedia dengan apa jua kata-katamu. Walaupun ia pahit, aku akan telan dan aku akan hadamkan, sebab hati ini telah berulang kali dilukai. Tiada keabadian dalam erti kata kehidupan seperti ini. Tapi adakah salah diriku hingga aku terpaksa menghadapi semua ini? Tiadakah peluang atau ruang walaupun secebis masa untukku?

Semoga tuhan merahmati dirimu. Sesungguhnya apa yang akan berlaku akan ku hadapi tapi mungkin kali ini hatiku mungkin menjauh.. aku mengerti & mengetahui dimana letak diri ini. Ku doakan agar kamu bahagia diluar sana bersama teman-teman yang sentiasa menyanyangi & mengingati mu..

August 27, mungkin segalanya terjawab. Ku menyusupi doa-doa agar jawapan yang ku nanti punya jawapan.

Siapa itew?


Siapa itew?? Cuba teka?? Dihujung minggu yang baru melangkau ni pelbagai pekara suka duka berlaku. Tapi kehadiran photo ini menyebabkan izryiel rasa ada sesuatu yang perlu diketengahkan sebagai sumber artistik pada mata izryiel. Pose agak berani mati dari supermodel "Wiwi". Keless..

Best of Luck 2u Wiwi!