Wednesday, April 28, 2004

Puisi

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Usman Awang
26 NOVEMBER 1999

Tuesday, April 06, 2004

Nilai Cinta Mu

Pernah dulu ku fikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi ku rasakan sunyinya di hati
Baru kini ku tahu nilai cinta mu

Ku renungi gambar mu ku baca surat-surat mu
Namun pedihnya ku terasa tanpa kau bersama
Ku harap dikau pun begitu jua

Kini aku mengerti hanya engkau pelita hati
Semua yang kau korbankan hanyalah untuk ku
Akan tetap ku kenang kasihmu terhadap diri ku
Janji untuk bersama sehidup semati

Andainya ku kembali kan ku curahkan rasa hati
Agar dikau mengerti cinta ku yang suci
Berikan ku harapan untuk bersama mu semula
Akan aku buktikan nilai cinta mu

( Lagu : Sudirman - Lirik : Sudirman )


Monday, April 05, 2004

April 01, 2004

Pilihan yg aku sendiri tidak pasti, adakah aku benar dlm hal ini. Hari-hari aku meruntun nasib ku & kesetian DIA. Aku bukan insan yg baik sebaik dia. Layakkah aku yg bergores arang & dakwat hitam ini digilap menjadi barang perhiasan yg berharga atau disimpan ditempat yg tersorok diceruk yg sukar.

Aku sentiasa dihantui kisah silam, jiwa yg kosong, tiada punya apa.. adakah DIA masih ada harapan pd aku.. Jauh.. jauh.. tapi dihati ini tidak sejauh yg aku jangkakan.

Kehadirannya buat aku mengigil takut dgn bayangan ku sendiri.. Adakah aku menyanyangi dia atau mengasihi nya?

Ku berdoa di pintu rahmat, apakah jawapan buatku.. Adakah ia hukuman diatas sisa-sisa silam aku.. Apa pun aku tidak mahu DIA jauh.. jauh.. meninggalkan aku yg masih mengharap ihsan dr sifat insannya.

adakah aku mampu utk bertongkat.. berdekat utk hadapi hari-hari seterusnya tanpa DIA disisi.

Wahai pencipta! Ampunkan dosa-dosa ku... ampunkan segala kelahiran ku! ampunkan kata-kata ku.. diriku! Ku pohon galang ganti denyutan nadi ini utk menjadi cahaya buat DIA! Harap ia akan tahu.. Siapakah aku? Dimanakah aku? Bagaimanakah aku?