Saturday, August 06, 2005

Musictechque@Trade Party

Akhirnya iz, turun semula ke musictechque selepas hampir 8 bulan menyepikan diri dari clubbing.. kedatangan tetamu dari Kedah yang ingin sekali merasai dunia clubbing membuat iz terpanggil dengan alunan musik.

Iz, zam, abg yan (dari Kedah), azri escort, kamal, adik amir, ary & shafiq the anak ikan.. sama-sama turun ke sana. Ketibaan disana disambut dengan kawan-kawan Yahoo Messengger yang sudah lama iz tidak temui.. Sally.. Afiq Blue, Apeet, Saiful, Lee Hazim & BF, Amir, Yus & ramai lagi.

Tapi hati iz tersentuh kerana menemui seseorang yang sudah agak lama & tidak dinafikan cukup dirindui. Apa nak buat mungkin apa yang diharapkan mungkin tidak kesampaian. Nak menangis pun iz tak mampu, cuma mampu bersapa.. Semoga dia bahagia dengan apa yang dia perolehi. Adatlah.. kehidupan PLU memang tidak menjanjikan apa-apa pun. I'm touched bila u call me sayang pada malam tu.. memang iz sayang pada awak, cuma iz pun tak tau apa yang buat kita semakin lama semakin menjauh.

Apa pun iz akan terus menjalani kehidupan seperti biasa, kesedihan tetap wujud diri ini, maklumlah iz adalah manusia atau insan yang punya perasaan.