Wednesday, August 31, 2005

Barbi-Q

Jadi ke nk buat barbi-Q sabtu ni? Btw, thank Q very much n again thnx kerna sanggup melayan kerenah ezie yg ntah apa2 ntah ni

(Sender: Ezie (Ruff) / Sent: 31-Aug-2005 20:29:02)

Flatterned

Hi iz, boring kt ofis ari ni. Tadi ezie smpi lmbt cz bgn tido kul 11.30am. Thx cz sarungkn ring 2 smlm.. Am flatterned. Muatlah.

(Sender: Ezie (Ruff) / Sent: 31-Aug-2005 20:23:07)

Monday, August 29, 2005

Weak

Iz, ezie dah smpi umah.. X larat sangat. My body is too weak. Sory, nk kena tido.

(Sender: Ezie (Ruff) / Sent: 29-Aug-2005 22:48:10)

Maaf

Assalammualaikum iz.. Pertama skali ezie nk mohon maaf atas segala dosa, salah mahupun silap yg pernah dilakukan samada sengaja ataupun tidak.. Tuhan ada kata bahawa 'Aku ciptakan manusia itu sesempurna ciptaan'. 'Terpulang pd m'nusia itu utk kekalknya atau mengubahnya.

(Sender: Ezie (Ruff) / Sent: 29-Aug-2005 04:50:24 am)

Tren

Dlm tren. Amik time off 1 jam tadi. Balik awal. Migrain saya dtg lagi..Rasa nk pitam dah ni. Takut collapse

(Sender: Ezie (Ruff) / Sent: 29-Aug-2005 21:30:09)

Sabtu

Ok lah iz.. Nanti sabtu, kita sambung cite k. Nak kena sambung tido gak sikit ni. Nanti tlg wake up call kul 9.30 ek.

(Sender: Ezie (Ruff) / Sent: 29-August-2005 07:08:13)

Hati

Itulah yg buatkn kita berbeza. Hati iz terlalu baik. Keikhlasan hati iz mmg x dpt dipertikaikn. Ur Nobel iz n am the Devil. I pun dh x tau nk kata apa. Cuma satu pinta saya. Harap iz dpt berikan sedikit waktu utk saya berfikir samaada saya bersedia utk melangkah lebih jauh iz. xnk ada hati yg akn terluka lagi.

(Sender: Ezie (Ruff)/ Sent: 29-Aug-2005 04:53:02 am)

Tipu

Saya tipu bila kasi tau saya demam teruk. Cuma demam sikit je.. N satu lagi, saya akn berhenti kerja dr celcom next week. My last day is on 2.9.05. N i xde plan pun nk kerja dulu lps ni. Nak ikut mama g Istanbul lagi 2 minggu, then nk duk kampung jap nk relax n tenangkan diri cz bnyk sgt yg ada dlm otak ni.

(Sender: Ezie (Ruff) / Sent: 29-Aug-2005 04:53:59)

Last

Last skali b4 sambung tido, i bkn sngaja x call u siang tadi. Saya tertido the whole day. Sedar pun dah kul 10 mlm. Then dtg migrain cz overlepst. Mungkin iz x tau, i accident ari tu masa balik dari kampung. Alhamdulilah i ok tapi my car total lost. Now kat bengkel

(Sender: Ezie (Ruff) / Sent: 29-Aug-2005 04:53:26 am)

Lumrah

Tentang apa yg saya dah tipu iz, samaada mungkin iz dah tau or tidak, biarkan ia disitu. Murahkn, bila kenal thru chatroom mmg bnyk tipunya. Spt yg saya ckp tadi, mmg x sngka perkenalan kita sejauh ini, Yelah, mcm yg iz text smlm. Iz mmg boleh malukan saya if iz nk tapi iz x buat.

(Sender: Ezie (Ruff) / Sent: 29-Aug-2005 04:52:39)

Sedar

Saya sedar siapa diri ini, saya tahu mana duduknya diri ini n dibumi mana saya berpijak. Saya bkn nk berdolak dalik or saja nk mengada2kan cerita. Mungkin iz sndri taukn, perkenalan kita ini penuh dgn penipuan. Saya jadi malu bila iz tahu ttg diri saya bkn spt yg iz tau b4.

(Sender: Ezie (Ruff) / Sent: 29-Aug-2005 04:52:06

11 Bulan

Ezie sendiri x sngka yg perkenalan kita 11 bulan yg lalu thru ym akn membawa kita sejauh ini. Tapi, itulah hakikatnya. Saya pun x tau manusia jenis apalah saya ini? X tau nk hargai kebaikan org. Saya slalu amik mudah sesuatu perkara tanpa hiraukan hati n perasaan org

(Sender: Ezie (Ruff) / Sent: 29-Aug-2005 04:51:12 am)

Terluka

Adakah org tu terluka, siksa ats perbuatan kita? Saya tau yg saya ni teruk. Mungkin layak jika dikatakan pentingkan diri sndiri. Bkn saya xnk ada couple, bt bila difikirkan ttg itu saya jadi takut. Takut luka lama berdarah lagi. Bukan saya malu dgn iz cr terlalu memilih yg elok2. Saya ni pun x lok gak

(Sender: Ezie (Ruff) / Sent: 29-Aug-2005 04:51:41)

Sempurna

Saya ni jgn nk kata sempurna, menghampiri perkataan itu pun jauh yg teramat sgt. Memang tipu kalau saya kata yg saya x syg awk. Mmg saya syg awak. Tapi, bila nk dibandingkan saya dgn awk, saya jadi takut. Awak sgt baik iz. Lom penah ezie jumpa org sebaik awk yg sgt menyayangi diri ini.

(Sender: Ezie (Ruff) / Sent: 29-Aug-2005 04:50:48 am)

Sunday, August 28, 2005

Terminum

Shah nk minta maaf if tadi shah wat sumtin x snonuh! Shah dah x brape betul cz terminum tadi.. U pun tido elok2 k

(Sender: Ezie (Ruff) / 28-Aug-2005 06:14:11

Saturday, August 27, 2005

My 2nd Birthday Celebration

Kek Birthday yang kedua dalam tak kurang setengah jam selepas celebrate dengan Abg Alan, Azri Celcom & Ijam.

Surprise ni dari Zamrie & buah hati dia, Shah, Aryboi & cousin dia from Birmingham, London.. (Scott & Clean).. yang tak dapat join Azri Escort jer.. Ermm.. tapi my roomate Amir tak semena-mena lek awal ari ni.. walaupun dia lupa nak wish memula.. Huhuhuhu

Apa pun iz sangat-sangat hargai walaupun the whole day iz sedih sesangat sebab orang yang paling sayang lupa nak wish my birthday. Dok tunggu dari pukul 12.01 am pagi nak dengar dia wish birthday..


Friday, August 19, 2005

Demam.. Fever..

3 hari masih lagi tak cure dari demam.. Dah lama tak demam sepanjang ni? Errmm.. selepas solat Jumaat ini, iz nak ke doktor panel. Panas badan dah mula berkurangan, tapi masalah sekarang sesendi & paling iz risau tulang belakang iz terasa sakit...

Minta-minta masalah tulang belakang tidak berulang, kalau tidak berbulan lar iz kena MC + hospitalised. Adehh!!

Selera makan pun berkurangan. Biasalah bila sistem imunisasi badan bercelaru semuanya huru-hara. Makan apa pun semua rasa kelat. Tapi paksa juga makan sebab kalau tidak camner nak makan ubat dengan perut kosong. Apa pun terima kasih pada kawan-kawan yang sudi menelefon iz, terima kasih sebab mengambil berat. Iz hargai sesangat. Iz harap sangat dapat pulih secepat mungkin sebab banyak perkara nak diuruskan.. persiapan untuk "Majlis Tahlil Arwah Ayahanda ke 3 tahun".

Thursday, August 18, 2005

Drowsy

Hari ini izryiel masih lagi tak cure dari fever.. semalam memang drowsy sesesangat lepas makan ubat dari doktor terus pengsan dari jam 1.30 pm hingga jam 11.35 pm baru tersebar. Bangun alas perut dengan 2 keping roti gardenia. Minum tea yang telah tersedia oleh my mum. Makan ubat.. pastu sambung lek pengsan sampailah 5.46 am dimana suatu kemestian 'wake up call' buat seseorang. Pastu dalam keadaan mamai izryiel terus menyambung mimpi. Teringat lak kat my roomate yang dah 2 hari tak balik dok sibuk dengan projek mega dengan sebuah syarikat telekomunikasi gergasi.

Adehhhh... tak larat nak gie kerja.. Tapi tetap cuba menggagahi bangun setelah 'alarm clock' berbunyi menunjukkan jam 7.30 am. Dalam hati ni nak sambung MC ke idak.. ke McAttack pepagi ni. Dah dok mengidam McD dari minggu lepas.. entah pesal dok kemaruk makan McD. Nak kata ada 'morning sickness' tak ler pulak.. tak ler rasa loya & mual laks. Ekekeke..

Beberapa hari ini rasa happy sesangat sebab orang tu dah mula call & sms iz lek. Biasalah kehidapan ini tak buleh lari dari pasang surut emosi. Walaupun dihati mengaku emosi boleh dikawal. Tapi hanya Allah yang Maha Mengetahui.



Wednesday, August 17, 2005

Best Of Luck 2u Azri!!


Best Of Luck 2u Azri!

Hari ini merupakan hari sessi fotografi buat salah seorang teman rapat yang ingin mencuba nasib dalam "Personaliti Celcom - Harian Metro".

Pesanan buat Azri :

" Tidak salah mencuba, peduli apa orang hendak kata tentang kita, apa yang penting kita tau dimana letak diri kita. Paling penting semuanya bergantung pada niat kita. Tidak salah mengejar populariti, apa yang penting kita harus ingat dari mana kita berasal. Doa iz & kawan mengiringi Azri. Usah gentar.. usang malu.. iz yakin pencubaan Azri satu percubaan yang sungguh membanggakan pada diri Azri, keluarga jua teman-teman semua."


Tuesday, August 16, 2005

Happy Birthday Abang Palang aka FULLYDepreciated

Abang Palanggg!!!
Itulah intro kami berdua bila berjumpa atau berbual melalui telefon. Dah jadi kemestian, ada cerita disebalik perkataan 'Abang Palanggg!!!' versi suara kepit anggun. Al-kisah perkara ini berlaku di Amcorp Mall. Keterangan lanjut sila hubungi fullydepreciated di Yahoo Messengger.

Tanggal August 16, 2005 jam 12.00 am semakin melayut ler abang sorang neh. Apa pun iz nak ucapkan "Selamat Hari Lahir"..

"Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki"..

Pastikan maintain vogue occay!! Love U bro..................................



Monday, August 15, 2005

Sendiri.. Hilang.. Sepi

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kemurungan dalam hati muncul kembali. Kejutan demi kejutan aku hadapi dihari-hari ini. Menanti orang yang dikasihi setiap masa. Merindui dirinya yang kini menjauh entah hilang kemana. Gurauan, gelak tawanya kini semakin jauh meminggir.

Selama 6 bulan aku menempuh pelbagai dugaan sendirian tanpanya. Tapi tika itu walaupun kami berjauhan tapi DIA dekat dihati. Hari-hari 6 bulan itu mungkin akan jadi satu kenangan sampai bila-bila.

Sayang, aku akan sabar menanti kehadiran sayang dalam diri ini kembali. Turut bersedia dengan apa jua kata-katamu. Walaupun ia pahit, aku akan telan dan aku akan hadamkan, sebab hati ini telah berulang kali dilukai. Tiada keabadian dalam erti kata kehidupan seperti ini. Tapi adakah salah diriku hingga aku terpaksa menghadapi semua ini? Tiadakah peluang atau ruang walaupun secebis masa untukku?

Semoga tuhan merahmati dirimu. Sesungguhnya apa yang akan berlaku akan ku hadapi tapi mungkin kali ini hatiku mungkin menjauh.. aku mengerti & mengetahui dimana letak diri ini. Ku doakan agar kamu bahagia diluar sana bersama teman-teman yang sentiasa menyanyangi & mengingati mu..

August 27, mungkin segalanya terjawab. Ku menyusupi doa-doa agar jawapan yang ku nanti punya jawapan.

Siapa itew?


Siapa itew?? Cuba teka?? Dihujung minggu yang baru melangkau ni pelbagai pekara suka duka berlaku. Tapi kehadiran photo ini menyebabkan izryiel rasa ada sesuatu yang perlu diketengahkan sebagai sumber artistik pada mata izryiel. Pose agak berani mati dari supermodel "Wiwi". Keless..

Best of Luck 2u Wiwi!

Friday, August 12, 2005

Rintahan Hati Jejaka Malang

E-mail yang diterima dari seorang kawan. 2 kali dia menghantar e-mail yang sama. Hmm.. Jadi ada baiknya iz kongsi bersama rakan-rakan blogger semua

Rintihan hati jejaka malang ...

"Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang.Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil.Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite resit paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal,kita bagi yang besar kat ayang.

3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.

4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun.Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je.Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.

5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks,kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.

6. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend.Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya.Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.

7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun.Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene reject.

8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite,kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar,nak pukul?

9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain,kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.

10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30.Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300. 11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.

12. Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kata tak boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. Pastu semalam ayang pakse kite romen ngan kite. Kalau tak ayang nak break ngan kite. Ok pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom.Ayang kate saje je nak test kite, pastu marah kite keji. Kite diam je duk tepi akuarium... tengok ikan emas tengah romen.

13. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru.Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.

14. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.

15. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat,member ayang ketawakan ayang.

16. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang,kite gak yang tido kat sofa.

17. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.

18. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pa pe pun.Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.

19. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau.30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.

20. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat.

Thursday, August 11, 2005

Wednesday, August 10, 2005

Aduh Saliha

Mana rayuanku hendak ku sampaikan
Rindu berahiku pada kasih yang jauh

Jauh bukan jarak dah tempat

Jauh nama dan pangkat


Mana penggantimu hendak ku dakapkan

Dendam asmaraku pada cinta yang luruh

Luruh bukan daun dan bunga


Bertahun ku sandar percaya
Tak mungkin padam cahaya

Cintamu bagai rembulan

Hilang dipandangan


Kala langit dilindung awan


Aduh mahkota terhempas

Barulah ku sedar

Yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca


**
Sesudah berdarah
Barulah ku sedar
Jiwaku ku tercalar ohh.. sakitnya
Bukan kepalang

Kau biarkan aku sendiri menderita susah
Nasib hidupku Saliha
Kau biarkan aku sendiri melewati sepi
Dalam hidupku Saliha
Kau biarkan aku sendiri meratapi nasib
Dalam derita Saliha
Ohhh... Saliha


Penyanyi : Mawi
Pengubah Lagu : M. Nasir
Lirik : Loloq

Sunday, August 07, 2005

Soto Ayam

Pulang dari clubbing jam 6.00 am, terus membersihkan diri & selepas itu ke dapur untuk menyiapkan Soto Ayam yang bakal menjadi juadah untuk hari ini.

Mata tak mengantuk, tak tau mengapa.. maybe memikirkan hal-hal semalam walaupun kesedihan tak terasa sangat. Lebih kurang jam 8.30 am kacang tanah, so hun, tauhu kering dah siap digoreng.. daun bawang, daun sup (saderi) telah diracik. Ayam beku dikeluarkan dari peti sejuk. Sementara itu iz menyiapkan bahan-bahan tumisan spt bawang putih & bahan tumisan sepeti jintan manis, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih.. opss tak lupa ketumbar..

Kali ini iz tidak menyediakan rempah-rempah buatan sendiri sebab beberapa bulan lepas iz ada mengirim rempah soto dari JOHOR, the best rempah soto yang digunakan keluarga kami. Hehhehe..

Dalam sibuk menyiapkan, my mum menyapa & menyuruh iz tidur, urusan membersihkan ayam dia akan lakukan. 'Nanti mak kejut bila nak tumis bahan-bahan 2 k!".. iz pun beredar & melabuhkan diri dikatil.. tak berapa lama terlena dengan kesejukan air-cond yang terasa. My roomates tidur tak hengat.. terngaga.. ekekeke.. buat biasalah dia cute masa tidur (psst.. jgn gossips k!)

Lebih kurang jam 11.00 am terdengar nyaringan suara my mum memanggil.. iz bangkit, cuci muka & apa yang patut & terus ke dapur..
Menyiapkan finishing touch untuk soto ayam kali ini.

Tak sampai 20 mins semua dah tersedia untuk dijamu. Ada tetamu kat umah.. ary, zamrie (tetamu tetap), shafiq. Alhamdulillah, semua menghargai hasil masakan iz.. hehehe.. suka dengar komen-komen dia orang.. bertambah-tambah mereka makan. Suke iz tengok..

Teringat kat seseorang masa makan Soto Ayam neh.. hurmms.. dia entah ingat kat iz ke idak.. Let it be..

Saturday, August 06, 2005

Musictechque@Trade Party

Akhirnya iz, turun semula ke musictechque selepas hampir 8 bulan menyepikan diri dari clubbing.. kedatangan tetamu dari Kedah yang ingin sekali merasai dunia clubbing membuat iz terpanggil dengan alunan musik.

Iz, zam, abg yan (dari Kedah), azri escort, kamal, adik amir, ary & shafiq the anak ikan.. sama-sama turun ke sana. Ketibaan disana disambut dengan kawan-kawan Yahoo Messengger yang sudah lama iz tidak temui.. Sally.. Afiq Blue, Apeet, Saiful, Lee Hazim & BF, Amir, Yus & ramai lagi.

Tapi hati iz tersentuh kerana menemui seseorang yang sudah agak lama & tidak dinafikan cukup dirindui. Apa nak buat mungkin apa yang diharapkan mungkin tidak kesampaian. Nak menangis pun iz tak mampu, cuma mampu bersapa.. Semoga dia bahagia dengan apa yang dia perolehi. Adatlah.. kehidupan PLU memang tidak menjanjikan apa-apa pun. I'm touched bila u call me sayang pada malam tu.. memang iz sayang pada awak, cuma iz pun tak tau apa yang buat kita semakin lama semakin menjauh.

Apa pun iz akan terus menjalani kehidupan seperti biasa, kesedihan tetap wujud diri ini, maklumlah iz adalah manusia atau insan yang punya perasaan.

Friday, August 05, 2005

Friendship Day!


Hi kawan-kawan... izryiel semakin rindu untuk kembali menemui kawan-kawan semua. Dah Hampir 8 bulan menyepi diri dari suasana masyarakat luar.

Masa banyak dihabiskan dirumah & dipejabat..

Disini izryiel ingin mengambil kesempatan memgucapkan 'Happy Friendship Day' buat kawan-kawan sekalian...