5.15 am, masa yang sering buatku terjaga. Mengingatkan aku insan yang senantiasa kini disisiku. Walaupun mungkin tiada kasih tapi mungkin ehsan buat teman seperti aku. Tertanya-tanya dalam sanubari ni, Adakah kehadirannya dari himpunan doa-doaku...?
Iya atau tidak bukan menjadi persoalan buatku kini. 5.15 am aku harus bangkit, dari lena dibuai mimpi agar mendetikkan semula nadi seseorang yang amat-amat aku sayangi.
Wahai Tuhan! Terima kasih meminjamkan sayap putih ini walaupun bukan kekal dikarma ini.. aku harus bangkit mengibarkannya dijerih perjalanan yang selalu menyayat pelepah sayap ini dengan duri-duri onak yang menusuk.
Apakan daya, sekurangnya aku masih punya kudrat untuk terus mengibarkannya.. bersyukur & akur itulah yang seharusnya.
Monday, February 21, 2005
Gut nite Iz!
Sayangilah orang yang menyayangi lebih daripada menyayangi orang yang disayangi. Sebab kadang-kadang kita lupa mensyukuri apa yang ada disisi kerana mahukan apa yang ada dalam Mimpi.
Subscribe to:
Posts (Atom)