Thursday, February 19, 2004

Ambassay & Peter Hoe

Tepat jam 5.30pm aku bergegas mengangkat ganggang telefon utk menghubungi salah sorang sahabatku FUDUL, motifnya aku ingin ke rumah berkonsepkan TIMUR TENGAH di AMBASSAY salah satu lagi condo mewah yg kini tersergam di Jalan Ampang dikelilingi oleh pejabat-pejabat & rumah kedutaan.

Aku dulu jua salah seorg yg hadir utk melihat rumah contoh di AMBASSAY.. hampir-hampir jua membeli rumah studio disitu, tapi memandang ingin memenuhi kehendak arwah ayah aku telah mengubah niat utk menetap disini.. kini aku telah pun memiliki rumah yg buleh dikatakan telah memenuhi hajat kedua org tuaku. Tapi ayahku telah pergi meninggalkan ku sebelum sempat dia menjejakkan kaki dirumah ku.

Semoga rohnya mendapat ketenangan & senantiasa dicucuri rahmat dr yg ESA ***** AL-FATIHAH *****

Dalam keadaan hujan lebat aku meredah utk menemui Fudul, kami bertemu di Pasar Seni, niatnya ke situ utk mencari barangan antik utk rumah Timur Tengahnya. Berjalan ;ah kami disetiap pelosok.. masih tidak berjumpa brg yg dicari.. kami singgah ke KIA KLEMENZ seterusnya terus menuju ke PETER HOE.. siapa tidak kenal PETER HOE..

Pabila daun pintu ditolak ketika memasuki kedai PETER HOE.. "Good Evening"! kami disambut dgn ucapan & senyuman.. paling tidak diduga seorg aktor yg ku kenali dr cerita IDAMAN ada disitu turut mengucapkan & mengukir senyum pd kami berdua..

Siapakah gerangan aktor itu yea?.. Tunggu kesinambungan cerita ini pd lewat petang nanti.........

Setahun Sudah Berlalu

Gurindam dan irama
Tidak lagi ku hiraukan
Setelah api cinta terpadam
Apa yang tinggal kini
Hanya sisa kesal kelmarin
Menjadi simponi mendayu
Pada setiap malam dingin

*
Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapakan ku beri

Kesepian memaksa
Ku lihat wajah dicermin
Terpandang parut dimuka ku
Bekas cinta yang lama
Apakah tidakkan hilang
Kesan cinta yang terus mendatang Bermain di jiwa ini

( Ulang Rangkap * ( 2X) )

Tapi sayang pada siapakan ku beri.. ( 3X )


( Lagu : M. Nasir - Lirik : )

SAMBUNGAN dr kesinambungan cerita awal pagi tadi........

Aktor yg buleh dikatakan telah membawakan watak dlm IDAMAN dgn cukup baik skali, memang aku sendiri menyampah bila melihat karektor dia dlm drama bersiri itu. Tak menyangka dia cukup peramah & murah senyuman ketika diluar.

Aku & fudul meneruskan aktiviti kami di galeri PETER HOE.. mencari bahan2 utk dekorasi rumahnya.. dia meminta pandangan aku dr segi interior rumahnya. Aku sendiri tidak menafikan aku sendiri memang gila melihat barangan disitu. Memang seni dekorasi ini yg akan ku terapkan bila sampai masanya. Nantilah budget pd masa akan datang. Aku memang idamkan konsep LAURA ASHLEY utk bilik ibuku.

Bilikku pula berkonsepkan ANTIK, maklumlah aku dihadiahkan oleh datuk ku sebuah katil besi antik peninggalan arwah moyang kami, kalau diikutkan sudah melebihi 100 tahun.
Katil itu byk sejarahnya pada keluarga.. katil itu jugalah katil perkahwinan ibu & ayahku.
Kini ia milik aku.. atukku juga telah mewariskan aku beberapa barangan antik lain, spt beg besi.. 2 biji tempayan atau ada juga yg memanggilnya GURI.

Seperti kata FUDUL.. kau & jaimi samajer.. IKANEK.. mungkin aku nak betulkan sedikit.. IKATUK... hehehe.. sekarang IKEA & IKANO kini sudah mempunyai persaingan baru.. IKANEK.. IKATUK.. & IKACU...

Hampir 1 jam kami di galeri PETER HOE, harga barangan disini boleh diketegorikan berpatutan oleh ku.. berbanding dgn LAURA ASHLEY & OMBAK. Hajat Fudul utk membeli bantal panjang berwarna merah tidak kesampaian.

Kenapa ye?.. rupanya2 bantal yg dia & aku sukai telah ditempah.. Kami meminta pd penjual dikedai tersebut utk menjualkan kpd kami.. sebab bg kami entah bila org yg menempahnya itu akan kembali ataupun idak..

Tau siapa yg menempahnya?... Guess who???

SHAWN GAZI

Aku & Fudul nak jugak pergi berjumpa dgn dia, tapi malas ler pulaks.. Jadi kami sekadar membeli penyangkut baju yg akan dijadikan tempat penyangkut lampu kaca dr INDIA yg kini berada dibilik rumahnya.

Selepas itu kami bergegas ke stesen PUTRA utk ke CITIBANK & ke rumahnya.. Dia ingin pendapat aku utk susun atur rumahnya. Setiba dirumahnya aku merasai hasil kreatif Fudul mendekorasi rumahnya. Plat logam BISMILLAH dr Iran di atas kepala pintu.. hamparan permaidani dr Iran.. bulu kambing dr SYRIA.. didindingnya pula dihiasi sulaman etnik org arab.. pedang arab.. & paling mengujakan aku.. hiasan didaun pintu masuk kebiliknya.. juraian yg biasa digantungkan oleh org2 ARAB dipintu masuk bilik atau pintu masuk..

Kamar tidurnya dihiasi dgn katil besi antik yg sama spt yg aku miliki. Berbezanya Fudul membelinya.. Aku telah memberikan beberapa idea yg diterima pakai oleh Fudul. Aku akan membawa Fudul ke kedai lampu antik di Jalan Petaling. Dimana ia akan menerangi umahnya dgn mengikut konsep yg dikehendakinya.. Aku lihat tak sabar Fudul utk pergi ke kedai itu.. Aku juga ingin membawanya ke MELAKA Junk Store di Jalan Raja Laut suatu hari nanti.. SABAR yer FUDUL.. Aku pun ada sesuatu nak bg kau sebab kau citarasa kita hampir sama..

'The CEDARS Of LeBAnon...Bassita'