Thursday, October 09, 2003

Kini hari kedua aku sendiri menghabiskan melalui masa yg amat cemburu padaku. Menikmati keindahan alam kurnian ilahi yg tiada cacat celanya.

Ntah kenapa hati ini senantisa mengingatkan seseorang yg belum pasti. Pasti utk dimiliki, ditemani & dicurahkan segala yg tersemat disanubari..

Adakah aku mahu ia berlalu dihadapan mata.. biarkan lah.. biar ia berlalu.. aku sudah jemu menanti & menaakul perkara ini. Biarlah aku sendiri menyulam sayap putih.. biarkan aku terbang sendiri menentukan ilusi diri ini.

Biarkan ia menyakitkan.. memeritkan.. aku kini SENDIRI.. menghitung HARI-HARI
"hati ini kedinginan dihembus bayu pagi di laut china selatan.. hembusan angin menyentuh hati yg kerinduan.. sukar utk diterangkan perasaan yg tidak mudah diungkap dgn kata-kata.."

Alunan irama terbaru yg menyentuh perasaan dr Yusry KRU........................................

Dekat padamu
Arah ingin kutuju
Walaupun jauh akan kutempuhi
Kerana hanya sunyi yg menemani hari
Semenjak kau pergi membawa diri

Oh dekat padamu
Disana kan bersatu
Dua jiwa yg telah terpisah
Kesetiaan yg telah kita sama ikrarkan
Ku pegang teguh janji kukotakan

Andai tersalah arah
berikanku tanda
Agar kau terima yg sebaiknya
Jika cinta kita hanya sejarah lama
Sudilah kucuba kali kedua

Walau jauh akan kugegas berlari
Walau tinggi bisa kuterbang di langit
Walau sedalam mana akan kuselami
Kerana cinta sedalam itu mekar
Bila ku dekat padamu

Dekat padamu itu destinasiku
Tak kira apa jua kuterima
Harapanku kan terbuka pintu di hatimu
Dengan rela menunggu kehadiranku

Andai tersalah arah berikanku tanda
Agar kau terima yang sebaiknya
Harapan mendorong ku mengusung cinta kita
Janganlah dibalas rasa kecewa

YUSRY (kru)

izryiel@nexus-karambunai

Thursday, September 25, 2003

Begitu asyik berbicara.. tanpa suara.. hanya jari jemari mengalun dipapan yg terpapar kata2 dihadapan tabir..

Persahabatan yg dulu dingin kini kembali hangat. Adakah aku akan terus kembali.. Mengibar sayap putih yg ku sulam dihari-hari mendatang?

Wednesday, September 24, 2003

'Banjir kepiluan yang berladung didalam hati tiada siapa yang rasa lemasnya melainkan dia.... Namun dia rela menyimpan semuanya didalam hati... tega membiarkan diri luka sendiri-sendiri. Tapi sampai bila harus disimpan lemas luka hatinya? Dia jauh di negara orang... lantaran ada yang sudi memberi tahan untuk berpaut, perlukah ditolak? Atau dia masih menanti rendangnya pohon memayungi tatkala turunnya salji, atau menanti panasnya bahang asmara untuk memanaskan dinginnya sekeping hati yang telah lama MATI......' SENTUHAN KASIH

Tuesday, September 23, 2003

'sulaman sayap putih yg ditatah bebenang mulus seindah kursani, bebenang teguh tiada mudah dirungkai'

Hari ini hari kedua, mulai terbayang wajah DIA.. wajah ceria dgn senyuman yg sukar utk dilupakan buat masa ini. Rasa sepi.. rindu terisi dlm hati. Adakah aku masih diulit mimpi atau ingin menerjah diri kembali ke alam itu yg menjanji 1001 kepahitan yg aku sendiri tidak mahu menelan sepahit jadam.. mungkin jua hempedu.. atau mungkin lebih dari itu.

Nyah dari sini... aku kini yakin.. lebih yakin dari dulu.. mungkin kali ini aku lebih bersedia utk berlari mengejar waktu.. mengejar mimpi..

Aku yg kini mendaki anak2 tangga usia.. mungkin tidak akan mudah letih & pasrah.. tapi akan terus mendaki dgn kudrat yg diberi.

Kehadiran DIA telah menerangi hidup ini yg diselimuti oleh kabus kelabu & gelap pekat. Hati yg dulu sedingin salji kini bernafas kembali.

Adalah musim salji akan berakhir menuju ke musim seterusnya...?

Monday, September 22, 2003

kembali mengapai sirna yg selama ini tidak dicerna utk meniti hari mendatang. jatuh yg bangkit tanpa menoleh ke ufuk lagi. tekad yg payah tapi belum punah.

KEMBALI.. September 22, 2003. Entah mengapa tiba2 teringat utk kembali kelembaran ini. Sekian lama menyepi tapi bukan utk terus berkubur dialam nyata tetapi mencari & memikirkan kepayahan dlm menjalani hidup yg mendatang yg penuh dengan pelbagai dugaan yg tiada penghujung.

Ia telah membuat diri ini teguh, teguh seperti awan yg berarak tanpa sebarang tongkat. Harap sirna baru akan mewarnai hidup ini yg tiada kekal abadi. Aku tetap 'AKU' yg dulu...

Monday, July 21, 2003

kelahiran tidak boleh disalahkan.. meniti hari disinar mentari.. gerhana udah pasti.. adakah sayap putih itu akan muncul kembali diufuk timur..
Kerja dioffice semakin berkurangan.. mana idak nyer, buat cam nak rak.. semua dah hampir selesai.. bleh relex skit.. & bleh lar mengemakini blog.. tempahan cheese cake pun dah terurus semua dlm jadual yg telah disusun rapi.. aktiviti ke Clark Hatch.. bermain dg si comel.. my new persian cat "DAYANG" dah tak bleh tukar nama.. yelah my frenz yg bg nama dia semenjak dia lahir.. yelah dah 3 bulan. Punyalah cerdik.. aktif.. memang tak yah penat2 nak train. Buang air dll semua dah teratur... my mum pun semakin happy dgn kehadiran DAYANG.. yelah rumah tu rasa sunyi semenjak my dad meninggalkan kami. Life goes on..

Memang sengaja kucing itu dibawa kerumah.. secara psikilogi nyer dia akan membuat my mum leka melayan kerenah & menjadi rutin utk menjaga simanja.. i pun sama jugak lar.. memang kucing adalah haiwan peliharan yg paling disukai..

Bila fikir2 balik memang seronok plak.. bangun pg dah kena buat susu anak kucing.. mana tak.. sekarang si comel dah jd tukang kejut utk bangun.. bangkit jer dia dah mengiyau nakkan susu.. eaea.. so budak kecik.. selagi tak buat selagi tu dia mengiyau.. bebelajarlah nak jaga anak nanti... hehehe.. memang ada plan pun nak amik anak angkat.. itu pun klau my relationship dgn dia benar2 menjadi.. tak mau lar bertepuk sebelah tangan..

emm.. baru terfikir sesuatu.. nak prepare bil2 utk dibayar pd bulan ni.. mana yg bleh dibayar thru online dah pun diuruskan..

Monday, July 07, 2003

hi eveybody..
Semenjak beberapa bulan nie kerja melampau byk.. aktiviti pun byk.. semua nie sebab nak hilangkan rasa bosan yg ada.. yelah semuanya kena harungi sendiri. Dulu lain ada benda yg perlu dihitungkan..