Thursday, September 25, 2003

Begitu asyik berbicara.. tanpa suara.. hanya jari jemari mengalun dipapan yg terpapar kata2 dihadapan tabir..

Persahabatan yg dulu dingin kini kembali hangat. Adakah aku akan terus kembali.. Mengibar sayap putih yg ku sulam dihari-hari mendatang?

Wednesday, September 24, 2003

'Banjir kepiluan yang berladung didalam hati tiada siapa yang rasa lemasnya melainkan dia.... Namun dia rela menyimpan semuanya didalam hati... tega membiarkan diri luka sendiri-sendiri. Tapi sampai bila harus disimpan lemas luka hatinya? Dia jauh di negara orang... lantaran ada yang sudi memberi tahan untuk berpaut, perlukah ditolak? Atau dia masih menanti rendangnya pohon memayungi tatkala turunnya salji, atau menanti panasnya bahang asmara untuk memanaskan dinginnya sekeping hati yang telah lama MATI......' SENTUHAN KASIH

Tuesday, September 23, 2003

'sulaman sayap putih yg ditatah bebenang mulus seindah kursani, bebenang teguh tiada mudah dirungkai'

Hari ini hari kedua, mulai terbayang wajah DIA.. wajah ceria dgn senyuman yg sukar utk dilupakan buat masa ini. Rasa sepi.. rindu terisi dlm hati. Adakah aku masih diulit mimpi atau ingin menerjah diri kembali ke alam itu yg menjanji 1001 kepahitan yg aku sendiri tidak mahu menelan sepahit jadam.. mungkin jua hempedu.. atau mungkin lebih dari itu.

Nyah dari sini... aku kini yakin.. lebih yakin dari dulu.. mungkin kali ini aku lebih bersedia utk berlari mengejar waktu.. mengejar mimpi..

Aku yg kini mendaki anak2 tangga usia.. mungkin tidak akan mudah letih & pasrah.. tapi akan terus mendaki dgn kudrat yg diberi.

Kehadiran DIA telah menerangi hidup ini yg diselimuti oleh kabus kelabu & gelap pekat. Hati yg dulu sedingin salji kini bernafas kembali.

Adalah musim salji akan berakhir menuju ke musim seterusnya...?

Monday, September 22, 2003

kembali mengapai sirna yg selama ini tidak dicerna utk meniti hari mendatang. jatuh yg bangkit tanpa menoleh ke ufuk lagi. tekad yg payah tapi belum punah.

KEMBALI.. September 22, 2003. Entah mengapa tiba2 teringat utk kembali kelembaran ini. Sekian lama menyepi tapi bukan utk terus berkubur dialam nyata tetapi mencari & memikirkan kepayahan dlm menjalani hidup yg mendatang yg penuh dengan pelbagai dugaan yg tiada penghujung.

Ia telah membuat diri ini teguh, teguh seperti awan yg berarak tanpa sebarang tongkat. Harap sirna baru akan mewarnai hidup ini yg tiada kekal abadi. Aku tetap 'AKU' yg dulu...