Thursday, August 18, 2005

Drowsy

Hari ini izryiel masih lagi tak cure dari fever.. semalam memang drowsy sesesangat lepas makan ubat dari doktor terus pengsan dari jam 1.30 pm hingga jam 11.35 pm baru tersebar. Bangun alas perut dengan 2 keping roti gardenia. Minum tea yang telah tersedia oleh my mum. Makan ubat.. pastu sambung lek pengsan sampailah 5.46 am dimana suatu kemestian 'wake up call' buat seseorang. Pastu dalam keadaan mamai izryiel terus menyambung mimpi. Teringat lak kat my roomate yang dah 2 hari tak balik dok sibuk dengan projek mega dengan sebuah syarikat telekomunikasi gergasi.

Adehhhh... tak larat nak gie kerja.. Tapi tetap cuba menggagahi bangun setelah 'alarm clock' berbunyi menunjukkan jam 7.30 am. Dalam hati ni nak sambung MC ke idak.. ke McAttack pepagi ni. Dah dok mengidam McD dari minggu lepas.. entah pesal dok kemaruk makan McD. Nak kata ada 'morning sickness' tak ler pulak.. tak ler rasa loya & mual laks. Ekekeke..

Beberapa hari ini rasa happy sesangat sebab orang tu dah mula call & sms iz lek. Biasalah kehidapan ini tak buleh lari dari pasang surut emosi. Walaupun dihati mengaku emosi boleh dikawal. Tapi hanya Allah yang Maha Mengetahui.