Sunday, August 07, 2005

Soto Ayam

Pulang dari clubbing jam 6.00 am, terus membersihkan diri & selepas itu ke dapur untuk menyiapkan Soto Ayam yang bakal menjadi juadah untuk hari ini.

Mata tak mengantuk, tak tau mengapa.. maybe memikirkan hal-hal semalam walaupun kesedihan tak terasa sangat. Lebih kurang jam 8.30 am kacang tanah, so hun, tauhu kering dah siap digoreng.. daun bawang, daun sup (saderi) telah diracik. Ayam beku dikeluarkan dari peti sejuk. Sementara itu iz menyiapkan bahan-bahan tumisan spt bawang putih & bahan tumisan sepeti jintan manis, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih.. opss tak lupa ketumbar..

Kali ini iz tidak menyediakan rempah-rempah buatan sendiri sebab beberapa bulan lepas iz ada mengirim rempah soto dari JOHOR, the best rempah soto yang digunakan keluarga kami. Hehhehe..

Dalam sibuk menyiapkan, my mum menyapa & menyuruh iz tidur, urusan membersihkan ayam dia akan lakukan. 'Nanti mak kejut bila nak tumis bahan-bahan 2 k!".. iz pun beredar & melabuhkan diri dikatil.. tak berapa lama terlena dengan kesejukan air-cond yang terasa. My roomates tidur tak hengat.. terngaga.. ekekeke.. buat biasalah dia cute masa tidur (psst.. jgn gossips k!)

Lebih kurang jam 11.00 am terdengar nyaringan suara my mum memanggil.. iz bangkit, cuci muka & apa yang patut & terus ke dapur..
Menyiapkan finishing touch untuk soto ayam kali ini.

Tak sampai 20 mins semua dah tersedia untuk dijamu. Ada tetamu kat umah.. ary, zamrie (tetamu tetap), shafiq. Alhamdulillah, semua menghargai hasil masakan iz.. hehehe.. suka dengar komen-komen dia orang.. bertambah-tambah mereka makan. Suke iz tengok..

Teringat kat seseorang masa makan Soto Ayam neh.. hurmms.. dia entah ingat kat iz ke idak.. Let it be..