Friday, August 19, 2005

Demam.. Fever..

3 hari masih lagi tak cure dari demam.. Dah lama tak demam sepanjang ni? Errmm.. selepas solat Jumaat ini, iz nak ke doktor panel. Panas badan dah mula berkurangan, tapi masalah sekarang sesendi & paling iz risau tulang belakang iz terasa sakit...

Minta-minta masalah tulang belakang tidak berulang, kalau tidak berbulan lar iz kena MC + hospitalised. Adehh!!

Selera makan pun berkurangan. Biasalah bila sistem imunisasi badan bercelaru semuanya huru-hara. Makan apa pun semua rasa kelat. Tapi paksa juga makan sebab kalau tidak camner nak makan ubat dengan perut kosong. Apa pun terima kasih pada kawan-kawan yang sudi menelefon iz, terima kasih sebab mengambil berat. Iz hargai sesangat. Iz harap sangat dapat pulih secepat mungkin sebab banyak perkara nak diuruskan.. persiapan untuk "Majlis Tahlil Arwah Ayahanda ke 3 tahun".