Friday, February 20, 2004

Simbiosis KeHidupaN

E-mail yg telah menyentuh kalbuku dihening pagi JUMAAT... buat tatapan saudaraku semua......................

Hari itu saya nak K.Lumpur, ada hal sikit. Memikirkan
> highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan
> pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.
>
> Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah
> restoran di pinggir pekan itu.Sebaik memesan
> makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih
> kurang 12 tahun muncul dihadapan.
>
> 'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum.
> Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi
> penutup bakul kuih jajaanya.
>
> "Tak apalah di k...abg dah pesan makanan," jawap saya
> ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus
> menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya
> nampak kanak-kanak t! adi menghampiri pelanggan lain,
> sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak,
> dia berlalu begitu saja.
>
> "Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya
> selamba semasa menghampiri meja saya.
>
> "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni,"
> kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
>
> Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai
> disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat.
> Setiap yang lalu ditanya... "Tak nak beli kuih saya
> bang..Pakcik...kakak atau makcik." Molek budi
> bahasanya!
>
> Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar
> masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil
> memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya
> melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.
>
> Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam
> dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan
> membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan
> minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak
> itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang
> sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup
> pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin,
> kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia
> menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin,
> membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang
> 12 tahun.
>
> "Abg dah kenyang, tapi mungkin ang perlukan kuih saya
> untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya
> petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia
> mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun
> pisang penutupnya.
>
> Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul
> persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan
> menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan
> padanya.
>
> "Ambil ni dik! Abang sedekah..! . tak payah abang beli
> kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian
> meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang
> tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus
> berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya
> gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya
> hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya
> saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10
> pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta
> kedua-dua matanya.
>
> Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta,
> memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih
> ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada
> pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa
> menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil
> duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis.
> Kata mak kita mesti bekerja me! ncari nafkah kerana
> Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau
> dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan
> jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak,
> mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih
> kuat bang!" katanya begitu lancar.
>
> Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup
> kanak-kanak itu. Tanpa
> banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga
> kuih dalam bakul itu.
>
> "Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma
> mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja
> bang.....!
>
> Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam
> plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima
> kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga
> hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke
> K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya
> statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati
> mulia yang melahirkannya?? Terus terang saya katakan,
> saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian,
> tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat
> menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
> Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu.
> Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!!!