Friday, November 25, 2005

Retro 80's (2 years old - my pic)

Sedang menatap gambar-gambar yang disimpan didalam pc. Iz ternampak gambar ini. Inilah izryiel pada usia 2
tahun 8 bulan.

Pergerakan iz hari ini agak terbatas. Pukul 2 pagi tadi tiba-tiba iz sukar mengerakkan badan dari katil. Oleh kerana terlalu letih. Tirai malam berlabuh juga. Diawal jam 6.30 am iz cuba bangun tetapi terasa teramat sakit dibahagian belakang pinggang.

Setelah mencuba walaupun agak sukar. Jam 7.15 am baru iz buleh bangun dengan bergerak perlahan-lahan. Fikiran memang terfikir untuk menghubungi sahabat terdekat. Tetapi iz rasa keadaan masih boleh dikawal. Terus bergagah ke bilik mandi untuk bersiap untuk kepejabat.

Dalam hati agak rasa sayu, mungkin teringat pada si dia. Agak tersinggung dengan sms yang dihantar semalam. Tapi apakan daya. Lumrah kehidupan yang ada pasang surutnya. Semoga suatu masa dia akan merasai segala perasaan yang iz alami.

Dari luaran iz dilabelkan 'happy go lucky' tapi dalam hati tiada siapa yang mengetahuinya. Cuma beberapa kenalan yang rapat mengetahui izryiel bertatih untuk meneruskan kehidupannya yang berubah setelah pemergian ayahandanya ke rahmatullah. Juga perpisahan dengan seorang yang banyak ertinya selama 8 tahun kami bersama.

Diwaktu kesakitan ini. Ingatan banyak mengimbas kisah-kisah silam. Ingin diluahkan semuanya pada insan yang kini digelar kekasih buat iz. Tapi hasrat tidak sesampaian. Adakah keegoaan menyebabkan seseorang itu sukar berubah? Apa lagi pengorbanan yang perlu iz lakukan? Beritahu iz sayang.. Katakan lah apa jua.. Demi mengemis kasih sayang. Kasih sayang yang acapkali tiada kekalnya.. Tetapi jika dipupuk pasti boleh bertahan walaupun betapa hebat ombak jua badai melanda.

Seperti iz katakan dari dulu. Bila tiba masanya iz akan pergi. Pergi pabila kebahagian tertera diwajahmu.