Tuesday, September 23, 2003

'sulaman sayap putih yg ditatah bebenang mulus seindah kursani, bebenang teguh tiada mudah dirungkai'

Hari ini hari kedua, mulai terbayang wajah DIA.. wajah ceria dgn senyuman yg sukar utk dilupakan buat masa ini. Rasa sepi.. rindu terisi dlm hati. Adakah aku masih diulit mimpi atau ingin menerjah diri kembali ke alam itu yg menjanji 1001 kepahitan yg aku sendiri tidak mahu menelan sepahit jadam.. mungkin jua hempedu.. atau mungkin lebih dari itu.

Nyah dari sini... aku kini yakin.. lebih yakin dari dulu.. mungkin kali ini aku lebih bersedia utk berlari mengejar waktu.. mengejar mimpi..

Aku yg kini mendaki anak2 tangga usia.. mungkin tidak akan mudah letih & pasrah.. tapi akan terus mendaki dgn kudrat yg diberi.

Kehadiran DIA telah menerangi hidup ini yg diselimuti oleh kabus kelabu & gelap pekat. Hati yg dulu sedingin salji kini bernafas kembali.

Adalah musim salji akan berakhir menuju ke musim seterusnya...?