Tuesday, November 08, 2005

Right Sliticia


Assalammualaikum buat sahabat sekalian.

Masih punya masa iz untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' buat sahabat-sahabat yang mengenali iz mahupun tidak. 'Maaf Zahir & Batin' juga.

Agak lama iz tidak mengemaskini blog. Teramatlah sibuk dibulan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti. Seperti tiap-tiap tahun iz menjalankan perniagaan biskut-biskut raya geetho.. seminggu sebelom raya sibuk lak dengan aktiviti 'Kek Kukus'.

Bukan itu sahaja.. malahan.. teman rapat juga tau iz kini sudah berpunya.. Ahaks! No more chik churan.. Dah kesihatan iz agak terganggu disebabkan masalah tulang spinal iz.

Pada Nov 8, 2005 iz telah pun diarahkan oleh doktor panel untuk menemui pakar di Gleneagles Intan. Hasil dari MRI & x-ray mendapati terdapat 'slip disc'. Buat masa ini iz dikehendaki menjalani Physiotherapy. Pembedahan adalah jalan terakhir buat iz.

Iz berharap pada sahabat-sahabat semua agar mendoakan iz dikurniakan kesihatan sebaiknya. Masalah 'slip disc' memang bukan pekara baru buat iz. Hampir 4 tahun iz menghadapinya. Cuma kali ini apa yang cuba iz lawan semakin hari semakin menyakitkan
.