Thursday, February 19, 2004

Ambassay & Peter Hoe

Tepat jam 5.30pm aku bergegas mengangkat ganggang telefon utk menghubungi salah sorang sahabatku FUDUL, motifnya aku ingin ke rumah berkonsepkan TIMUR TENGAH di AMBASSAY salah satu lagi condo mewah yg kini tersergam di Jalan Ampang dikelilingi oleh pejabat-pejabat & rumah kedutaan.

Aku dulu jua salah seorg yg hadir utk melihat rumah contoh di AMBASSAY.. hampir-hampir jua membeli rumah studio disitu, tapi memandang ingin memenuhi kehendak arwah ayah aku telah mengubah niat utk menetap disini.. kini aku telah pun memiliki rumah yg buleh dikatakan telah memenuhi hajat kedua org tuaku. Tapi ayahku telah pergi meninggalkan ku sebelum sempat dia menjejakkan kaki dirumah ku.

Semoga rohnya mendapat ketenangan & senantiasa dicucuri rahmat dr yg ESA ***** AL-FATIHAH *****

Dalam keadaan hujan lebat aku meredah utk menemui Fudul, kami bertemu di Pasar Seni, niatnya ke situ utk mencari barangan antik utk rumah Timur Tengahnya. Berjalan ;ah kami disetiap pelosok.. masih tidak berjumpa brg yg dicari.. kami singgah ke KIA KLEMENZ seterusnya terus menuju ke PETER HOE.. siapa tidak kenal PETER HOE..

Pabila daun pintu ditolak ketika memasuki kedai PETER HOE.. "Good Evening"! kami disambut dgn ucapan & senyuman.. paling tidak diduga seorg aktor yg ku kenali dr cerita IDAMAN ada disitu turut mengucapkan & mengukir senyum pd kami berdua..

Siapakah gerangan aktor itu yea?.. Tunggu kesinambungan cerita ini pd lewat petang nanti.........

Setahun Sudah Berlalu

Gurindam dan irama
Tidak lagi ku hiraukan
Setelah api cinta terpadam
Apa yang tinggal kini
Hanya sisa kesal kelmarin
Menjadi simponi mendayu
Pada setiap malam dingin

*
Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapakan ku beri

Kesepian memaksa
Ku lihat wajah dicermin
Terpandang parut dimuka ku
Bekas cinta yang lama
Apakah tidakkan hilang
Kesan cinta yang terus mendatang Bermain di jiwa ini

( Ulang Rangkap * ( 2X) )

Tapi sayang pada siapakan ku beri.. ( 3X )


( Lagu : M. Nasir - Lirik : )

SAMBUNGAN dr kesinambungan cerita awal pagi tadi........

Aktor yg buleh dikatakan telah membawakan watak dlm IDAMAN dgn cukup baik skali, memang aku sendiri menyampah bila melihat karektor dia dlm drama bersiri itu. Tak menyangka dia cukup peramah & murah senyuman ketika diluar.

Aku & fudul meneruskan aktiviti kami di galeri PETER HOE.. mencari bahan2 utk dekorasi rumahnya.. dia meminta pandangan aku dr segi interior rumahnya. Aku sendiri tidak menafikan aku sendiri memang gila melihat barangan disitu. Memang seni dekorasi ini yg akan ku terapkan bila sampai masanya. Nantilah budget pd masa akan datang. Aku memang idamkan konsep LAURA ASHLEY utk bilik ibuku.

Bilikku pula berkonsepkan ANTIK, maklumlah aku dihadiahkan oleh datuk ku sebuah katil besi antik peninggalan arwah moyang kami, kalau diikutkan sudah melebihi 100 tahun.
Katil itu byk sejarahnya pada keluarga.. katil itu jugalah katil perkahwinan ibu & ayahku.
Kini ia milik aku.. atukku juga telah mewariskan aku beberapa barangan antik lain, spt beg besi.. 2 biji tempayan atau ada juga yg memanggilnya GURI.

Seperti kata FUDUL.. kau & jaimi samajer.. IKANEK.. mungkin aku nak betulkan sedikit.. IKATUK... hehehe.. sekarang IKEA & IKANO kini sudah mempunyai persaingan baru.. IKANEK.. IKATUK.. & IKACU...

Hampir 1 jam kami di galeri PETER HOE, harga barangan disini boleh diketegorikan berpatutan oleh ku.. berbanding dgn LAURA ASHLEY & OMBAK. Hajat Fudul utk membeli bantal panjang berwarna merah tidak kesampaian.

Kenapa ye?.. rupanya2 bantal yg dia & aku sukai telah ditempah.. Kami meminta pd penjual dikedai tersebut utk menjualkan kpd kami.. sebab bg kami entah bila org yg menempahnya itu akan kembali ataupun idak..

Tau siapa yg menempahnya?... Guess who???

SHAWN GAZI

Aku & Fudul nak jugak pergi berjumpa dgn dia, tapi malas ler pulaks.. Jadi kami sekadar membeli penyangkut baju yg akan dijadikan tempat penyangkut lampu kaca dr INDIA yg kini berada dibilik rumahnya.

Selepas itu kami bergegas ke stesen PUTRA utk ke CITIBANK & ke rumahnya.. Dia ingin pendapat aku utk susun atur rumahnya. Setiba dirumahnya aku merasai hasil kreatif Fudul mendekorasi rumahnya. Plat logam BISMILLAH dr Iran di atas kepala pintu.. hamparan permaidani dr Iran.. bulu kambing dr SYRIA.. didindingnya pula dihiasi sulaman etnik org arab.. pedang arab.. & paling mengujakan aku.. hiasan didaun pintu masuk kebiliknya.. juraian yg biasa digantungkan oleh org2 ARAB dipintu masuk bilik atau pintu masuk..

Kamar tidurnya dihiasi dgn katil besi antik yg sama spt yg aku miliki. Berbezanya Fudul membelinya.. Aku telah memberikan beberapa idea yg diterima pakai oleh Fudul. Aku akan membawa Fudul ke kedai lampu antik di Jalan Petaling. Dimana ia akan menerangi umahnya dgn mengikut konsep yg dikehendakinya.. Aku lihat tak sabar Fudul utk pergi ke kedai itu.. Aku juga ingin membawanya ke MELAKA Junk Store di Jalan Raja Laut suatu hari nanti.. SABAR yer FUDUL.. Aku pun ada sesuatu nak bg kau sebab kau citarasa kita hampir sama..

'The CEDARS Of LeBAnon...Bassita'

Wednesday, February 18, 2004

Steven Corner With REMI

Jom secangkir latte!..

Tapi kali ini setalam TOSEI di Steven Corner.. bersama Re & Mi

Lepas di kembali dr kerja, Re & Mi terus bersiap utk makan makan malam ditempat kegemaran kami setiap malam bila Re pulang awal demi utk secangkir latte atau tea & sesambil itu menyuap setalam tosei yg berganda dua (2). 2 keping skali makan.

Tentu ramai tertanya-tanya.. makan ke apa?.. ermm.. bagi kami berdua satu (1) tidak mencukupi. Kami terlalu menghargai & menghayati TOSEI yg dihidangkan. Kalau siapa lalu pun kami tak hirau.. ekeke...

RE & MI kini, RE kini sudah menemui MI nya. DO.. RE.. MI.. FA.. SO.. LA.. TI.. DO. Harap lagu-lagu ini akan senantiasa menjadi dendangan ku.. dari semenjak aku bertatih hingga kini kini telah menari.. menari lagu samba..

Kekenyangan kami, tapi MI masih lagi.. berkata "nanti klau lapar ada MI MAGGI kat umah tak" azab betul dia.. rasa nak Seperti biasa kami terpaksa mengemas pinggan-pingan diatas meja, biasalah MI tangannya cam ketam sikek.. tak reti dok diam.. adalah resepi terbaru.. kari masak tisu.. atau kari masak tisu limau kasturi.. Apa pun dia dah cam adik aku.. Aku cuba nak lihat dia B A H A G I A utk mengenali RE. Kini segala berjalan secara natural.

Biar alam menentukan.

AKU? aku kini cuba melupakan kisah-kisah suram & silam. Kini aku mula melangkah membawa sekeping hati.. yg kini berdarah & bernyawa.. malahan mula bernafas.. ku harap panas akan ke petang.

Tuesday, February 17, 2004

salam buat semua... sayap putih semakin tinggi diawan.. diamku bukan beerti aku membisu.. senyapku bukan beerti aku sudah LENYAP..

Wednesday, January 21, 2004

Tanggal, Januari 01,2004.. bermulalah sinar baru utk ku, sinar baru, tekad & azam baru yg ku harap utk terus mengapai awan hingga ke firdausi..

Walaupun begitu aku perlu mendaki & meniti tangga2 waktu. Beralu domba dgn tiupan angin dingin menusuk tulang. Tapi aku kini hangat.. hatiku kini membara utk mengatasi kesejukan angin dingin salju.

Aku tahu kehadiran mu, memberi aku NAFAS.. utk terus melayangkan sayap putih ku.. terima kasih wahai dewa morpheus..

Apa pun aku adalah aku.. walaupun dilahirkan kembali ke karma yg baru.. Harap sangkakala izryiel menjadi selunak desir air mengalir...

Thursday, October 09, 2003

Kini hari kedua aku sendiri menghabiskan melalui masa yg amat cemburu padaku. Menikmati keindahan alam kurnian ilahi yg tiada cacat celanya.

Ntah kenapa hati ini senantisa mengingatkan seseorang yg belum pasti. Pasti utk dimiliki, ditemani & dicurahkan segala yg tersemat disanubari..

Adakah aku mahu ia berlalu dihadapan mata.. biarkan lah.. biar ia berlalu.. aku sudah jemu menanti & menaakul perkara ini. Biarlah aku sendiri menyulam sayap putih.. biarkan aku terbang sendiri menentukan ilusi diri ini.

Biarkan ia menyakitkan.. memeritkan.. aku kini SENDIRI.. menghitung HARI-HARI
"hati ini kedinginan dihembus bayu pagi di laut china selatan.. hembusan angin menyentuh hati yg kerinduan.. sukar utk diterangkan perasaan yg tidak mudah diungkap dgn kata-kata.."

Alunan irama terbaru yg menyentuh perasaan dr Yusry KRU........................................

Dekat padamu
Arah ingin kutuju
Walaupun jauh akan kutempuhi
Kerana hanya sunyi yg menemani hari
Semenjak kau pergi membawa diri

Oh dekat padamu
Disana kan bersatu
Dua jiwa yg telah terpisah
Kesetiaan yg telah kita sama ikrarkan
Ku pegang teguh janji kukotakan

Andai tersalah arah
berikanku tanda
Agar kau terima yg sebaiknya
Jika cinta kita hanya sejarah lama
Sudilah kucuba kali kedua

Walau jauh akan kugegas berlari
Walau tinggi bisa kuterbang di langit
Walau sedalam mana akan kuselami
Kerana cinta sedalam itu mekar
Bila ku dekat padamu

Dekat padamu itu destinasiku
Tak kira apa jua kuterima
Harapanku kan terbuka pintu di hatimu
Dengan rela menunggu kehadiranku

Andai tersalah arah berikanku tanda
Agar kau terima yang sebaiknya
Harapan mendorong ku mengusung cinta kita
Janganlah dibalas rasa kecewa

YUSRY (kru)

izryiel@nexus-karambunai

Thursday, September 25, 2003

Begitu asyik berbicara.. tanpa suara.. hanya jari jemari mengalun dipapan yg terpapar kata2 dihadapan tabir..

Persahabatan yg dulu dingin kini kembali hangat. Adakah aku akan terus kembali.. Mengibar sayap putih yg ku sulam dihari-hari mendatang?

Wednesday, September 24, 2003

'Banjir kepiluan yang berladung didalam hati tiada siapa yang rasa lemasnya melainkan dia.... Namun dia rela menyimpan semuanya didalam hati... tega membiarkan diri luka sendiri-sendiri. Tapi sampai bila harus disimpan lemas luka hatinya? Dia jauh di negara orang... lantaran ada yang sudi memberi tahan untuk berpaut, perlukah ditolak? Atau dia masih menanti rendangnya pohon memayungi tatkala turunnya salji, atau menanti panasnya bahang asmara untuk memanaskan dinginnya sekeping hati yang telah lama MATI......' SENTUHAN KASIH