Thursday, March 17, 2005

Kasih Sayang

E-mail yang amat menyentuh saya dipagi Khamis ini. Kiriman dari seorang teman yang tidak pernah putus dengan e-mail-emailnya

Kisah kasih sayang.......cube hayatinye........

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia
mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Angels

I'll send all my cute lil' angels to hugg u n make u feel safe n secure.. I'll asked the wind 2 blow u my gud nite kiss n the air to ease ur tense.. If the angle ask me who do i missed the most at this moment? Then, i'll shamelessly say its U.. (Sent: 17-Mar-2005 02:38:03 *Ruff*)

Wednesday, March 16, 2005

Pregnant

Dayang... atau nama manja "Ayang" adalah penghuni comel di rumah iz, telatah & keletah nyer buat kami senantiasa tersenyum. Setiap kali meninggalkan rumah, kerinduan padanya tidak pernah luput. Kucing yang kini berusia hampir 2 tahun kini menjadi sebahagian dari diri kami.

Image Hosted by ImageShack.us

Kucing baka Norway ini atau Norwaygien Forest Cat ini kini sedang bunting buat kali ke 3 (Tiga). August 10, 2004... December 5, 2004 dimana tarikh Dayang melahirkan anak-anak yang comel. Walaupun ada juga kisah duka yang menyulami pada mula-mula Dayang melahirkan anaknya.

Tapi itu semua adalah ketentuan pencipta. Kini kucing kesayangan ini sedang menanti masa-masa yang mendatang. Agar kali ini anak-anak yang dilahirkan selamat, sihat & comel.

Iz.. bonda, mocha & caramel senantiasa disampingmu.. Tak lupa jua 'latte' yang mirip dayang kini semakin membesar.. lincah.

Image Hosted by ImageShack.us

Hepie

Awan yg tpilu akn sentiasa mengingtkn ruff pada iz. Tapi, i xnak awan itu sentiasa pilu.. Ruff nk iz hepie slalu. If iz ada kt sini, ruff nak peluk iz erat2..
(Sender: Ruff / Sent: 16-Mar-2005 00:45:05)

Tuesday, March 15, 2005

Majuk.. Alar Cayang Dia

Alar cayang dia.. Satu lagi buah hati Izryiel dirumah. Dah 3 tahun dah umur dia. Caramel nama si comel. Dilahirkan di London, thanks Niegel sebab banyak luang masa dengan si comel ni dimasa iz tiada disisinya.

Sebenarnya, Caramel ada sahabat baik juga.. Iz rasa abang dia lar.. lahir sama dengan dia.. Cuma Mocha ni agak nampak brutul mukanya. Cute jugak & paling manja dengan iz dirumah. Iz pergi mana dalam umah dia pasti escort iz.. takyah risau dah.. ada pengawal keselamatan kat umah. Hehhee

Caramel & Mocha ini sama-sama dilahirkan di England.. spesis baka Birman yang jarang ditemui dinegara ini. Anyway.. my future BF ada satu baka yang lebih exotic.. iaitu "Blue Birman" .. ahaks? Nanti ada photo iz masukkan dlm blog untuk tatapan semua.

Image Hosted by ImageShack.us

Semalam balik kerja, my mum cakap..

Bonda : Caramel majuk.

Iz : Majuk?, Naper mak?..

Bonda : Tadi mak bagi Mocha makan beef & gravy jadi mak tak bagi ler dia usik Mocha makan.. terus dia pandang mak, pastu dia berlalu dari tempat makan.Mak tengok dia dok jauh kat sudut umah. Mak panggil.. dia buat tak tau jer..Iz nak tau.. sehari dia tak mo makan sebab majuk ngan mak.. Mak dah puas pujuk. Iz cuba lak pujuk dia.

Iz : Jap eks

Iz pun terus mencari Caramel, dia berasa dalam bilik iz, terbaring depan pintu masuk toilet atas hamparan. Tempat kegemaran dia tidur. Memang betul dia majuk.. Iz panggil dia diam jer.. Iz terus pergi kat dia.. & dukung dia.. Sambil tu cium2 ler dia.. Alar busyuk2.. cayang dia.. Dok laga-laga hidung dia dengan hidung iz..

Pastu iz terus keluar dan bawa Caramel ke padang dihadapan umah.. Sambil mengusap-usap badan & kepala dia. Lebih kurang dalam 15 minit dipadang. Iz terus pulang ke rumah maklumlah hari nak maghrib.

Bawa Caramel ke dapur & terus mengisi makanan tin kegemaran dia.. Beef & gravy. Iz letak dalam pinggan kecil, letak kat lantai. Iz pun bersila sambil mengadap Caramel... Usap-usap dia. Alhamdulillah.. dia makan juga.. Kesian lak nengok dia.

Monday, March 14, 2005

Tiffany & Co AGAIN?

Adakah aku bermimpi dalam sedar atau khayalan menjelma difikiran. Terpaku, terpegun membatu diri bila membaca mesej dari telepon bimbit ku.

Mungkin 9 tahun yang lepas, perkataan Tiffany & Co merupakan nama yang banyak erti. Jemari ini masih lagi terasa tempaan logam itu. Tempaan logam yang diguris dengan nama kami.

Bila ku pejam mata ini. Masih jelas ingatan ku kilauan tempaan logam itu.

Mungkinkah kehadiran ini tanda ikatan di meterai. Bait telah dilafazkan dari setulus hati mu?

"Ai dear.. Ngah watpe 2? Ruff just abt going 2 sleep.. Tetiba teringat kat iz. I ada beli Tiffany & Co nyer ring 4 u. Nanti i kirim ok.. Yg nnt leh wake up call i kul 5 malaysian time.. Very important thing 2 do 2moro..2 pun if u ada credit agi. " (Sent: 14-Mar-2005 01:12:53)


Image Hosted by ImageShack.us

SMS ini yang merasakan aku kini bermimpi.. seolah-olah kembali ke 9 tahun yang lepas...........




Tabah

Walau apa pun terjadi, tabah menghadapi dugaan dan cubaan, jgn tewas dipertengahan, tegakan pendirian, perjuangkan prinsip dan falsafah diri, Insyallah... (Sender: Azri Sent: 14-Mar-2005 19:14:32)

Thursday, March 10, 2005

Bon Voyage

Bon Voyage 2u Ruff! Menanti hingga subuh, menantimu bangkit dr mimpimu.
Jam 4.30 am deringan telefon berbunyi. Ku lihat kau menghubungi selewat waktu itu.

Aku tidak mampu membedung lagi, tidak mampu menongkat kelopak mataku. Tagisan yang tidak dijangka, buat dia terharu. Ku luahkan segala isi hati kerinduan ini. Perasaan kasih yang lama telah hilang telah tumpuh disimbah sirna nur kasihmu & dibajai dengan ehsanmu.

Bon Voyage 2u Ruff! Semoga keberangkatanmu ke seberang laut diberkati & di naungi rahmat Ilahi. Doa ku sisipi dihari aku menyulam sayap putih ku ini. Menantimu kembali disisi. Moga kota Sydney yang mengarap kenangan silam suka dukaku yang jua mengamit kenanganmu akan mengungkap kesabaran & kesetiaan ini.